kitar semula

4 Perkara Boleh Dilakukan dengan Barangan Terpakai di Rumah

Barangan terpakai di rumah memang memeningkan kepala sebab makan ruang dan buat rumah jadi sempit. Nak buang rasa sayang, nak simpan tak ada ruang.

Jadi apa boleh dibuat? Jom kami kongsikan 4 perkara anda boleh buat dengan barangan terpakai ini.

1. Berikan Secara Percuma kepada Komuniti Terdekat:

Barangan terpakai seperti perabot, alat mainan dan buku biasanya masih dalam keadaan baik untuk digunakan semula. Jadi anda boleh beri manfaat ini dengan berikan sahaja kepada komuniti terdekat seperti jiran, rumah kebajikan ataupun sekolah.

Terdapat kemungkinan badan amal tempatan, tempat perlindungan, dan organisasi yang sangat menghargai sumbangan anda. Dengan memberikan barang-barang yang anda tidak lagi perlukan, anda dapat menambah baik kehidupan mereka.

Bak kata pepatah, sambil menyelam sambil minum air – anda dapat bersihkan rumah, pada masa sama membantu mereka yang memerlukan.

2. Iklankan di Laman Web Iklan atau Facebook Group

Jika anda mempunyai barang-barang dalam keadaan baik yang tidak lagi digunakan, pertimbangkan untuk menjualnya di laman web iklan atau Facebook Pages.

Platform ini adalah cara yang sangat baik untuk menukarkan barang-barang tak terpakai anda menjadi wang tunai. Anda boleh mengiklankan barang anda, menetapkan harga yang setimpal dengan kualiti semasa.

Ada beratus-ratus Facebook Group iklan percuma yang boleh anda gunakan untuk pasarkan barangan anda. Tapi lebih baik, target pada kawasan setempat kerana anda perlu kirakan juga kos penghantaran jika perlu. Jika kawasan setempat, harga lebih murah dan pembeli lebih tertarik untuk mendapatkannya.

Jika anda ingin berikan baranga anda secara percuma, FaveFree.com adalah tempat terbaik untuk anda membantu komuniti setempat. Klik di sini untuk hantarkan iklan anda!

3. Kitar dan Guna Semula

Sebelum membuang barang dalam tong sampah, fikirkan sama ada ia boleh digunakan semula, dikitar semula, atau dipergunakan semula. Banyak barang, dari botol kaca hingga perabot lama, boleh diberi inovasi baru dengan sedikit kreativiti.

Kaedah guna semula seperti menukar laci lama menjadi rak buku atau menggunakan botol kaca sebagai vas hiasan.

Mengitar semula selalunya perlu menjadi pilihan terakhir, tetapi apabila dilakukan dengan betul, ia mengurangkan pembaziran dan melestarikan sumber.

4. Tukar Suka Sama Suka

Kumpulkan sekumpulan rakan atau jiran dan anjurkan aktiviti tukar barang. Setiap orang membawa barang-barang tak terpakai mereka, dan ia seperti pasaran kecil di mana anda boleh menukar barangan.

Ia adalah cara yang menyeronokkan dan mesra alam untuk mengendalikan barang-barang yang anda tidak lagi perlukan sambil mendapatkan barang baru. Selain itu, ia adalah acara sosial yang menggalakkan hubungan komuniti.

Pilihan di Tangan Anda Untuk Selesaikan Masalah Barangan Terpakai di Rumah

Bukanlah sesuatu yang baik untuk membiarkan barang-barang tak terpakai memakan ruang dan mengumpulkan habuk dan debu. Pertimbangkan salah satu daripada empat pilihan ini untuk membersihkan rumah anda dan menyumbang kesan positif pada komuniti atau alam sekitar.

Sama ada anda memilih untuk menderma, menjual, memberi secara percuma, atau mempergunakan semula barang-barang anda, anda akan mendapati bahawa barangan terpakai yang tidak digunakan boleh membuat kehidupan baru pada tangan orang lain.

Share this article:

Leave a Reply

Your email address will not be published.